SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)
Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) merupakan sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi dan laporan program latihan, kelas serta aktiviti dalam talian, program e-pembelajaran dan kadar latihan. LMS merupakan satu projek yang dirintis berdasarkan kerjasama antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan MAMPU. MAMPU telah merintis LMS di bawah inisiatif Perisian Sumber Terbuka atau Open Source Software (0SS).
LMS dibahagikan kepada dua kategori iaitu ‘proprietary’ dan ‘open source’. Contoh LMS proprietary yang biasa digunakan ialah blackboard, manakala contoh bagi LMS open source pula ialah Moodle. Ia digunakan secara meluas kerana percuma dan boleh diubahsuai LMS di SPIN merupakan system pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang interaktif yang digunakan oleh pelajar dan pensyarah di UKM. Penyampaian maklumat kepada pelajar adalah secara maya kerana pelajar hanya perlu menekan atau klik link pada skrin komputer dan tidak memerlukan kos yang banyak.
CIRI-CIRI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)
“Learning Management System” adalah istilah yang digunakan dengan meluas untuk lingkungan sistem-sistem yang menyediakan capaian kepada perkhidmatan pembelajaran secara atas talian untuk para pelajar, para guru dan pentadbir sistem. Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk pengawalan capaian, persediaan kandungan pembelajaran kandungan pembelajaran, alat komunikasi, dan pentadbiran kumpulan pengguna. Biasanya, kita akan menggunakan internet melalui laman web universiti, institut atau kolej untuk memperolehi e-pembelajaran. Penggunaan LMS dapat membantu kita, selaku pelajar untuk memudahkan pengurusan subjek-subjek setiap semester, membantu pensyarah mengurus subjek yang ditawarkan dan pentadbiran sepanjang pengajian di universiti, institut dan kolej berkenaan.
Mengikut “American Society for Training & Development (ASTD, 2002)”, perisian SPP perlu mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran, dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia dan berperanan mentadbir aktiviti pengajaran. LMS mempunyai kegunaan yang meluas dari pelbagai segi. Contohnya, kita boleh menggunakan LMS untuk merancang e-Bahan, mencari maklumat dengan pantas, mengesan pencapaian pelajar, dan mengesan status penggunaan pengguna.
Salah satu ciri utama LMS ialah pengguna boleh meletakkan bahan kursus di atas talian. Butang untuk memprogramkan sukatan atau kandungan kursus, jadual kursus dan bahan kursus yang dikaitkan dengan pelajaran yang khusus seperti salinan bacaan dan “power point slides” daripada kuliah telah disediakan oleh kebanyakan LMS. Pengajar dapat mengesan kemajuan pelajar malalui ciri-ciri penilaian. Mereka juga boleh memberi kuiz dan ujian di atas talian dan meletakkan gred pelajar dalam buku gred di atas talian.
Seterusnya, LMS juga boleh dijadikan sebagai papan berdiskusi. Interaksi antara pelajar dengan para pengajar dapat diuruskan melalui forum, papan bulletin, e-mel dan “chatroom” dalam LMS. Mereka boleh berdiskusi mengenai pembacaan dan menyambung dikusi kuliah di antara sesi kuliah yang formal. Selain itu, LMS mempunyai ciri untuk menjadi alat komunikasi lain. Tenaga pengajar boleh membuat pengumunan ke kelas dan menghubungkan pelajar secara individu dengan mengaplikasikan LMS. Pelajar juga boleh menghantar mesej dan notis di dalamnya. Mereka boleh menyimpan bahan kelas sama ada persembahan yang akan diadakan di kelas kemudiannya atau membuat salinan kedua untuk tugasan kelas di tempat yang selamat dengan kewujudan "Lock box".
Selain itu, masa dan tempat untuk melakukan pembelajaran adalah fleksibel. Hal ini membolehkan pelajar menguruskan masa sendiri dengan lebih berkesan dan produktif. LMS melibatkan penggunaaan kos secara efektif. Pembelajaran secara efektif melalui talian ini membolehkan pelajar boleh meneroka maklumat baru menerusi perpustakaansecara digital atau laman web. Pelajar juga berpeluang untuk membincang dan berkongsi maklumat dengan pakar atau pensyarah yang berpengalaman dari universitI atau mana-mana kawasan hanya dengan menggunakan emel menerusi penggunaan LMS.
Di samping itu, ciri lain LMS ialah LMS memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran. Hal ini dikatakan demikian kerana LMS mempunyai peranan penting dalam kegiatan akademik, pengajaran dan pembelajaran dan sistem pengurusan pentadbiran dalam dunia pentadbiran. Perkhidmatan diri dan perkhidamatan kendiri berpandu digunakan dalam LMS. Kita dapat memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan cepat dan tepat. Bukan itu sahaja, penggabungan kaedah latihan pada platform berasaskan web yang berskala dapat dipermudahkan. LMS disesuaikan dengan kandungan dan membolehkan penggunaan semula pengetahuan serta menjadi sejenis mudah alih sokongan dan standard. Sehubungan dengan ini, perjumpaan kelas yang tidak berjadual dan kelas pendidikan jarak jauhmelalui media lain akan ditingkatkan. Perisian ini dapat menyelia kerja-kerja pelatih dan pelajar dalam bidang atau untuk memberi nasihat akademik.
KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)
- Memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online.
- Menyediakan satu portal yang berjenama untukpenghantaran e-pembelajaran.
- Menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem.
- Menyemak semula dan melaporkan tentang status program-program latihan di dalam sesebuah organisasi.
- Dapat mengurangkan kos latihan melalui pelbagai cara seperti membolehkan penjimatan kos e-pembelajaran (kurang perjalanan, penginapan, bekerja lebih masa dan kos pengajaran yang lebih rendah) serta menyelaraskan pentadbiran program latihan di setiap organisasi.
- Meningkatkan pematuhan dengan keperluan kawal selia.
- Membolehkan pelajar dan pensyarah berbincang dengan mudah untuk mengakses bahan pembelajaran.
KEPENTINGAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)
- Dapat menjalankan tugas dengan cekap.
- Meningkatkan semangat untuk bekerja dan belajar.
- Tidak lagi diganggu oleh masalah pengurusan.
- Maklumat pendidikan, tumpuan lebih boleh diberikan kepada hal-hal yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran.
- Perkongsian maklumat dalam sesebuah kumpulan yang besar.
- Satu sistem yang sistematik untuk menyelenggarakan sesuatu program.
- Maklumat dapat disunting dan dikeluarkan dengan cara yang mudah.
- Boleh digunakan berkali-kali sepanjang masa.
- Maklumat yang dikemaskinikan dan konsisten kerana maklumat yang digunakannya berasal dari sumber yang sama.
- Penjimatan masa kerana maklumat yang diperlukan boleh diperolehi dengan cepat dan tidak perlu ditaip semula.
- Meningkatkan kecekapan organisasi.
- Penyimpanan data dengan lebih selamat.
RUMUSAN
Sistem Pengurusan Pembelajaran atau "Learning Management System (LMS)" merujuk kepada perisian yang bertindak sebagai pendaftar elektronik dengan melaksanakan pelbagai pendaftaran dan tugas-tugas yang berkaitan secara elektronik. LMS pada asalnya direka untuk suasana pembelajaran di tempat kerja dan khusus digunakan untuk mengurus semua program latihan sesuatu organisasi termasuk pembelajaran tradisional di dalam kelas. Oleh yang demikian, pelajar dinasihatkan supaya bersikap lebih terbuka dan dapat menerima LMS sebagai sebahagian daripada alat dalam pembelajaran kelak.
No comments:
Post a Comment