BAB 6 : Kemahiran Memproses Maklumat dan Penyediaan Bahan Bertulis
Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip atau deduksi.
Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip atau deduksi.
Tujuan : untuk membolehkan seorang pelajar itu mengenal
pasti nilai maklumat serta menggunakan data dengan betul untuk
membuat sesuatu tugasan atau keputusan peribadi , profesional atau akdemik.
6.1 Menganalisis
Maklumat yang Dikumpul.

Analisis data merupakan satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat yang berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong setiap keputusan yang bakal diambil. Data perlu diambil sekurang-kurangnya tiga data untuk dianalisis.Tujuan menganalisis data ialah :
- Menghubungkaitkan data
- Mensintesiskan data
- Membandingkan fakta
- Membaca yang tersirat
- Membuat kesimpulan
Terdapat dua jenis data iaitu data kualitatif dan kuantitatif. Data ini boleh dipersembahkan secara grafik untuk memudahkan proses menganalisis data.

(a) Langkah Analisis Data Kualitatif
1) Langkah 1
- Lihat maklum balas secara lalu
- Ambil nota berdasarkan tema yang muncul, isu atau faktor
- Cari item yang berulang atau penting
- Pemerhatian, video, audio
- Temu bual, rekod dan taip semula
- Pilih 3-4 / kategori yang muncul dan bina matriks
- Cuba buat carta bukti berkaitan dengan tema utama
- Letak tema/katogeri di atas dan senaraikan pelajar di bahagian tepi
- Boleh guna kod warna, membuat perbezaan mengikut katogeri
3) Langkah 3
- Jika boleh, bincang tinjauan dengan pendidik lain
- Baca tinjauan (soal selidik) dan highlight kata kunci yang berkaitan dengan tema atau kategori yang telah dikenal pasti
- Seterusnya rekodkan dapatan dalam kotak yang bersesuaian di dalam cara matriks yang telah dibina
4) Langkah 4
- Tanya (apa yang anda dapat?)
- Rekod pemerhatian pola yang muncul semasa lihat matriks
- Pola konsep
- Pola sikap
- Tulis/rekod pemerhatian di bawah cara matriks
5) Langkah 5
- Kesimpulan yang boleh dibuat
- Rekod kesimpulan sama ada di bawah matriks atau dalam kertas yang berasingan.
(b) Proses Analisis Data
- Reka bentuk pendekatan sistematik, simpan semua data
- Cuba faham maklumat yang ingin disampaikan oleh data
- Cari tema dan pola
- Masukkan semua data, termasuk data yang tidak menyokong apa yang dicari
- Baca lebih daripada sekali
- Bina imej visual dengan cara yang kreatif
- Tulis nota ringkas untuk diri sendiri
- Kongsi dapatan; perbincangan akan timbulkan soalan baru
- Analisis semua data dan buat nota sepanjang masa
- Cari tema dan pola
- Ringkaskan tema kepada 3-5 idea
- Lihat kembali data dan semak tema-tema yang telah dibuat
- Bina subtema jika perlu
- Simpan nota secara berterusan, dapatan kadangkala mengejutkan
- Semak maklumat untuk mencari idea yang kerap atau muncul secara dominan
- Kenal pasti perkara utama
- Cari maklumat untuk menyokong dapatan kajian
6.2 Mentafsir dan Membuat Kesimpulan
Mentafsir maklumat merupakan satu kebolehan untuk memberi penerangan rasional tentang objek,fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang telah dikumpulkan. Terdapat pelbagai tujuan mentafsir maklumat, antaranya :
- Mengesan pola atau corak berdasarkan malumat yang diperoleh
- Menyatakan hubungan di antara maklumat
- Membuat kesimpulan berdasarkan data yang dikumpulkan
Prinsip asas dalam pentafsiran terhadap maklumat yang diperoleh adalah seperti berikut:
- Data yang holistik
- Memastikan keseimbangan dalam memberikan pendapat
- Pentaksiran yang tidak mengetepikan unsur humanistik
Antara ciri-ciri yang boleh digunakan untuk membuat tafsiran terhadap maklumat yang diperoleh:
- Bersifat holistik
- Berasaskan elemen
- Merujuk kriteria
- Punca instrumen
- Berpusatkan bahan tugasan
- Pelbagai bentuk
- On-line
- Berterusan
6.3 Menilai
Maklumat yang diperoleh perlu terlebih dahulu dinilai kesahihannya. Terdapat beberapa cara atau teknik untuk menilai maklumat, antaranya adalah seperti berikut:
(a) Perbandingan fakta dengan pendapat.
Fakta ialah sesuatu diketahui umum sebagai benar-benar wujud, benar atau sahih. Pendapat pula merupakan pandangan seseorang atau sesebuah pihak mengenai sesuatu isu. Ia tidak semestinya benar, betul atau sahih.
(b) Tahun penerbitan dan autoriti
Maklumat terkini hanya terdapat dalam bahan-bahan maklumat yang terkini. Untuk menilai sama ada maklumat yang diperoleh ini terkini, tarikh penerbitan bahan dari mana maklumat tersebut diperolehi. Autoriti pula adalah penting untuk mengetahui asal-usul maklumat yang telah diperoleh dan menilai sama ada maklumat berkenaan boleh percaya atau sebaliknya. Perkara yang perlu disemak:
- Siapakah pengarang yang menulis karya berkenaan?
- Apakah kelayakan akademik penulis?
- Apakah karya-karya lain yang pernah dihasilkan?
- Adakah pengarang tersebut seorang dalam bidang yang ditulisnya?
(c) Kumpulan sasaran dan penerbit
Artikel, kertas kerja atau kertas cadangan lazimnya dihasilkan untuk kumpulan sasaran tertentu jadi amat penting untuk menyemak sama ada maklumat yang diperoleh sesuai atau tidak. Maklumat yang disasarkan untuk golongan pelajar sekolah menengah mungkin kurang sesuai untuk pelajar-pelajar universiti atau golongan profesional.
Maklumat yang berkualiti tinggi biasanya diterbitkan oleh penerbit yang terkenal di peringkat nasional, wilayah mahupun antarabangsa. Bahan-bahan terbitan penerbit yang tidak terkenal biasanya sukar untuk menentukan kesahihan maklumat tersebut.
(d) Bahan popular dan akademik
Bahan-bahan popular selalunya memaparkan maklumat yang berbentuk pendapat dan kurang fakta berbandingdengan bahan-bahan akademik. Maklumat daripada bahan-bahan akademik biasanya mempunyai senarai rujukan bahan-bahan maklumat lain yang telah dirujuk oleh pengarang.
6.4 Mensintesis Maklumat untuk Menghasilkan Bahan Bertulis.
Peringkat sintesis adalah peringkat untuk menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu melalui kemahiran mengolah dan mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman. Sintesis juga boleh didefinisikan sebagai rumuskan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahan, integrasi, gabungan , dan sebagainya.
Proses mensintesiskan adalah peringkat menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan satu gambaran menyeluruh dengan cara:
- Menggabungkan idea
- Mengguba semula
- Menyatukan idea-idea
Proses sintesis yang dijalankan dengan baik dan sempurna akan menjadikan maklumat lebih bermakna agar mudah difahami oleh pembaca. Laporan bertulis digunakan untuk
melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang berlaku.
Dalam menulis laporan, penulis hendaklah mengetahui segala butir tentang hal ataupun peristiwa isu atau tajuk yang hendak dilaporkan. Butiran yang perlu dimasukkan adalah butiran-butiran persoalan seperti apa, siapa, bila, di mana, dan mengapa.
Menurut Ellins dan Hopkin (1985), mereka telah mendefinisikan laporan sebagai dokumen untuk menyampaikan maklumat kepada pembaca yang khusus. Menurut nuraini (1991:69) pula, laporan juga boleh dikategori berdasarkan tujuan penulisan yang dikenal pasti sebagai makluman, pemujukan, penerangan dan sejarah.
Laporan boleh dibuat sebagai satu komunikasi bertulis atau tidak bertulis bagi menyampaikan sesuatu maksud kepada pihak yang disarankan.
Selain daripada itu, laporan juga dijadikan sebagai satu dokumen yang memberi maklumat, melaporkan penemuan, mengemukakan idea, dan kadangkala membuat cadangan atau syor mengenai sesuatu perkara untuk pembaca tertentu bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan lebih jelas lagi.
Bagi mendapatkan laporan yang tepat, terdapat beberapa perkara yang harus dilakukan. Antaranya ialah:
- Membuat sesuatu penyelidikan atau aktiviti
- Membuat rekod sesuatu peristiwa
- Menganalisa aktiviti
- Mensintesis sesuatu pelan tindakan
- Menghuraikan sesuatu peristiwa
(a)Tujuan Laporan
- Mengenal pasti masalah
- Memberikan maklumat dan fakta
- Mencadangkan penyelesaian
- Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
- Membuat kesimpulan
- Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti
- Membuat rekod sesuatu peristiwa
- Menganalisa aktiviti perniagaan
- Mensintesis sesuatu pelan tindakan
- Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan, dan lain-lain
(b) Kualiti Laporan
Kualiti sesuatu laporan dapat dilihat melalui prinsip 5C+1P, iaitu:
- Betul / Tepat (Correct / Accurate)
- Padat (Concise)
- Lengkap (Complete / Comprehensive)
- Jelas (Clear)
- Urutan
(c) Kategori Laporan
Secara umumnya terdapat dua kategori laporan yang perlu pelapor ketahui. Kategori tersebut adalah seperti berikut:
- Bentuk borang (Form Report)
- Bentuk terbuka / panjang (Extended Report)
6.4.1 Penyediaan laporan bertulis
Terdapat beberapa cara untuk menyediakan laporan bertulis dan cara berkenaan bergantung kepada tajuk yang dibincangkan dan kebolehan penulis untuk menyiapkan laporan berkenaan. Antara cara penyediaan laporan :-
- Memilih topik sekiranya tidak diberikan
- Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber
- Meneliti dan memilih maklumat yang releven dengan topik
- Membuat nota
- Menyediakan kerangka laporan
- Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik
- Melengkapkan laporan dengan jadual, graf dan bahan grafik lain yang sesuai
- Menyemak draf
- Membuat pemurnian dan menulis draf kedua
- Menerbitkan laporan
6.4.2 Panduan menulis laporan
Demi memperdalami pengetahuan dan kemahiran menulis laporan penyelidikan, kajian cara dan gaya penulisan laporan telah dibuat.
Berikut adalah secara umum panduan untuk penulisan laporan:
- Tajuk kajian, nama penyelidik dan tarikh laporan diselesaikan
- Penghargaan
- Abstrak
- Halaman kandungan
- Latar belakang kajian
- Penyataan masalah/ isu keprihatinan / fokus kajian
- Objektif kajian/ tujuan kajian
- Metadologi kajian
- Perancangan
- Pelaksanaan perancangan
- Dapatan kajian
- Refleksi
- Kesimpulan dan cadangan
- Rujukan
- Lampiran
No comments:
Post a Comment