BAB 9 : SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

SIKAP TERHADAP PENTAKSIRAN

TAJUK PEMBELAJARAN

1.  Jenis-jenis Pentaksiran
2.  Persedian Untuk Pentaksiran
3. Integriti Pelajar Dalam Pentaksiran

MAKSUD PENTAKSIRAN


  • Proses pengumpulan data dengan tujuan untuk mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk membuat keputusan.

  • Proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

TUJUAN PENTAKSIRAN

→Mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang pelajar dalam pembelajaran.
→Menilai aktiviti yang dijalankan semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan. 
→Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik serta bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
→Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.
→Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

1) Pentaksiran Sumatif

2) Pentaksiran Formatif

3)Pentaksiran Berasaskan Prestasi

4) Prestasi Internal dan Eksternal

uPENTAKSIRAN SUMATIF
Pentaksiran pada peringkat merumuskan dengan tujuan untuk mengetahui sejauh mana murid telah belajar dan menguasai apa yang dipelajari.

Maklumat tersebut perlu dinilai dan dilaporkan oleh guru untuk digunakan oleh guru lain yang akan meneruskan pengajaran murid pada tahun berikutnya. Contohnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) 

uPENTAKSIRAN FORMATIF

Pentaksiran pada peringkat pembentukan dengan tujuan untuk mengesan penguasaan dan kemajuan murid untuk membaiki kelemahan dengan kadar segera.Contohnya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

uPENTAKSIRAN BERASASKAN PRESTASI
Terbahagi kepada dua jenis :

1) PENTAKSIRAN FORMAL (Ujian,kuiz dan esei yang diberikan markah)

2) PENTAKSIRAN TIDAK FORMAL (melalui kemahiran membaca, kebolehan   dan perkembangan membaca dapat digambarkan)

Sama dengan pentaksiran sumatif kerana ia berfokuskan kepada pencapaian.
Bezanya ialah tugasan yang diberikan didefinisikan dengan sempurna dan murid diarahkan mencipta atau melakukan sesuatu, biasanya ia melibatkan aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam dunia sebenar. Contohnya mengecat, memberi ucapan dan membaca

uPENTAKSIRAN INTERNAL DAN EKSTERNAL

Pentaksiran Internal: Ditentukan dan disemak oleh sekolah(guru)
Murid mendapat markah dan maklum balas daripada pentaksiran yang telah dibuat.


Pentaksiran Eksternal: Ditentukan oleh sesuatu badan seperti Majlis Peperiksaan Malaysia.
Kertas pentaksiran ditandakan oleh pihak luar dan murid hanya mendapat markah pentaksiran sahaja yang mana murid tidak dimaklumkan akan kelemahan mereka.


9.2       PERSEDIAAN UNTUK PENTAKSIRAN

Terdapat beberapa bentuk pentaksiran di IPG iaitu:

➢Peperiksaan – akhir setiap semester.

➢Tugasan kerja kursus – dalam semester iaitu antara 2 hingga 6 minggu mengikut jenis kursus.

➢Praktikum – dijalankan pada semester 5, 6 dan 7.

➢Bina Insan Guru (BIG) –  semester 5.

➢Aktiviti kokurikulum – semester 3 dan 4 untuk unit beruniform/ olahraga dan semester 1 dan 2 untuk persatuan/ kelab dan sukan/ permainan.

➢Internship – dijalankan pada semester 8.

➢Pelajar perlu mempersiapkan diri dengan mengumpul dan menghasilkan nota yang baik,mengulang kaji pelajaran,memahami dan menghafal nota serta menyediakan jadual belajar yang efisien dan efektif.


➢Pelajar juga perlu menyediakan diri untuk menjalani praktikum, BIG dan aktiviti
   kokurikulum.


Tugasan Individu dan Tugasan Berkumpulan

üKerja kursus dijalankan secara individu atau berkumpulan bergantung kepada kehendak soalan.

üDalam tugasan kerja kursus, penilaian dilakukan dalam tiga bentuk misalnya penulisan esei, persembahan dan penulisan reflektif.


Intergriti Pelajar Dalam Pentaksiran

²Idea yang disampaikan dalam kerja kursus mestilah idea yang asli dan bukannya plagiat.

²Contohnya seperti penulisan esei dengan idea sendiri dan membuat laporan hasil dapatan kajian yang dijalankan setelah membuat penerokaan.

RUMUSAN

Pentaksiran merupakan proses mendapatkan maklumat menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan mengumpulkan evidens dan seterusnya membuat penghakiman tentang sesuatu produk pendidikan.

No comments:

Post a Comment